SHALAT ISTIKHARAH
Shalat Sunnat Istikharah
Shalat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk, terutama bila seseorang
dalam keraguan memutuskan mana yang terbaik diantara dua perkara yang
diragukan. Jika timbul keraguan dalam hati untuk memilih atau mengambil
keputusan dalam sesuatu perkara, contohnya: apakah aku harus menolak atau
menerima? Keraguan makin terasa, keputusan tidak dapat dipastikan setelah
melihat masing-masing ada kelebihan dan keburukannya.
Oleh yang demikian, hendaklah menyerahkan pada Yang Maha Kuasa untuk
memilihnya. Sebelum seseorang mengambil keputusan ia dianjurkan shalat
istikharah dua rakaat.
Dengan mengharapkan agar ditunjukkan Allah untuk mendapatkan pilihan yang
terbaik. Jika keraguan masih mempengaruhi fikiran untuk menentukan pilihan,
ulangilah shalat istikharah dan membaca doanya, walaupun pengulangan sampai 7
kali berturut-turut. Selepas itu, bertawakkal kepada Allah, pilihlah salah satu
daripadanya, ambillah yang mana arah ‘hati’ lebih cenderung setelah berdoa.
Jangan menimbulkan lagi keraguan, yakinlah bahwa itu adalah pilihan terbaik
dari yang Maha Kuasa.
Jangan merasa kecewa andai ternyata dalam keputusan yang dipilih
menimbulkan keinginan yang tidak disukai. Ingatlah bahawa ini adalah yang telah
digariskan pada azali yang tidak dapat dielakkan, besar kemungkinan mengandungi
hikmah, membawa kebaikan dimasa akan datang, hendaklah tetap mempunyai
husnuz-zan kepada Allah.
Shalat Istikharah adalah Shalat Sunnat dua raka’at dengan tujuan disamping beribadah kepada
Allah SWT, juga untuk meminta petunjuk atau memohon pilihan sesuatu yang baik
dan cocok kepada Allah SWT terhadap salah satu diantara dua atau lebih dari
yang lebih baik dan lebih cocok sehingga hatinya mantap dan tidak bimbang serta
tidak menyesal di kemudian hari.
Tata Cara
mengerjakan Sholat Sunnat Istikharah
Cara mengerjakan Sholat Sunnat
Istikharoh itu sama seperti mengerjakan Shalat Sunnat yang lain, baik gerakkannya maupun bacaannya
yang dimulai dari takbirotul Ikhrom dan diakhiri dengan Salam, hanya saja
niatnya yang berbeda yaitu niat Shalat Istikharah. Dan waktunya boleh siang,
boleh malam hari, tetapi yang lebih baik dilaksanakan pada malam hari menjelang
tidur. Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi,
supaya hati lebih khusyuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah. Shalat
ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian. Shalat ini
tidak memakai azan atau iqamah. Kemudian setelah selesai mengerjakan Shalat lalu berdo’a dan menyebut nama-nama atau yang lain yang
menjadi pilihannya sampai tidur.
Lafadh Niat Shalat Sunnat Istikharah
اُصَلِّي سُنَّةَ الْاِسْتِخَارَةِ رَكْعَتَيْنِ للهِ تَعَاليٰ
Aku niat mengerjakan Shalat
Sunnat Istikharah dua raka’at karena
Allah Swt.
BEBERAPA
PERKARA BERKAITAN SHaLAT ISTIKHARAH
Shalat Istikharah
dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan
tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah
apa yang perlu dibacakan ketika shalat Istikharah, Oleh itu dibenarkan
membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah
selesai membaca surah al-Fatihah.
Shalat Istikharah boleh
dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah (harus)
baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak.
Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu bukanlah
termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam Islam. Bagi
urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk melakukannya ataupun
urusan yang haram atau makruh yang telah jelas larangannya, ianya tidak lagi
boleh dilakukan istikharah ke atasnya. Hanya perkara-perkara yang mubah
sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.
Hendaklah bagi seseorang yang
mengerjakan solat Istikharah itu melapangkan dadanya dari apa jua
kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia menyerahkan
perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada
tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita.
Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu
wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ
أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ
لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُون
Maksudnya:
…dan boleh
jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu
suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah
Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. –
al-Baqarah (2) : 216
Shalat Istikharah ini boleh
juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan Shalat-shalat sunat seperti
solat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain. Sebagai contohnya
setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung kita membaca doa Istikharah
tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut al-‘Iraqi rahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan
shalat sunat Rawatib atau yang semisalnya, lalu dia mengerjakan shalat
tanpa niat Istikharah, namun setelah shalat timbul keinginan untuk
memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal tersebut sudah
mencukupi. – Rujuk al-Adzkaar,
jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat al-Mutatowwi Fi Solah
al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
Doa istikharah itu dibaca setelah
memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis tersebut. Doa tersebut boleh
diulang-ulang.
Bukan termasuk dalam syarat Istikharah
bahwa seseorang itu mesti bermimpi tentang pilihan atau tindakan yang perlu
diambil setelah mengerjakan solat tersebut. Namun seseorang itu akan merasa
tenang atau dipermudahkan untuknya ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai
dengan apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah pilih untuknya.
RINGKASAN TATA CARA MENGERJAKAN
SHALAT ISTIKHARAH
Seperti Shalat Sunat lainnya, yaitu dua rakaat salam :
Seperti Shalat Sunat lainnya, yaitu dua rakaat salam :
Rakaat Pertama :
1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan
solat sunat Istikharah
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an ( rakaat 1 baca Q.S. Al-Kafiruun, rakaat ke 2 baca Q.S. Al-Ikhlas )
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua
Rakaat Kedua :
1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari
nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri
4) Membaca doa Istikharah
DALIL
DISYARI’ATKAN SHALAT ISTIKHARAH
Shalat Istikharah ini telah diperjelaskan melalui hadis daripada
Jabir bin ‘Abdillah radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam pernah mengajarkan Istikharah kepada kami dalam
segala urusan, sebagaimana baginda mengajar kami surah dari al-Qur’an.. Baginda
bersabda:
إِذَا هَمَّ أَحَدُكُمْ بِالأَمْرِ
فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ مِنْ غَيْرِ الْفَرِيضَةِ ثُمَّ لِيَقُلْ:
Maksudnya:
Jika salah seorang di antara kalian berkeinginan keras
melakukan sesuatu, hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat yang bukan solat
fardu kemudian membaca doa:
اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَخِيرُكَ
بِعِلْمِكَ وَأَسْتَقْدِرُكَ بِقُدْرَتِكَ وَأَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ الْعَظِيمِ فَإِنَّكَ تَقْدِرُ وَلاَ أَقْدِرُ وَتَعْلَمُ وَلاَ
أَعْلَمُ وَأَنْتَ عَلاَّمُ الْغُيُوبِ
اللَّهُمَّ إِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ
أَنَّ هَذَا الأَمْرَ خَيْرٌ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي
أَوْ قَالَ: عَاجِلِ أَمْرِي
وَآجِلِهِ فَاقْدُرْهُ لِي وَيَسِّرْهُ لِي ثُمَّ بَارِكْ لِي فِيهِ
وَإِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذَا
الأَمْرَ شَرٌّ لِي فِي دِينِي وَمَعَاشِي وَعَاقِبَةِ أَمْرِي أَوْقَالَ: فِي
عَاجِلِ أَمْرِي وَآجِلِهِ فَاصْرِفْهُ عَنِّي وَاصْرِفْنِي عَنْهُ وَاقْدُرْ لِي
الْخَيْرَ حَيْثُ كَانَ ثُمَّ أَرْضِنِي.
Maksudnya:
Ya Allah,
sesungguhnya aku memohon petunjuk kepada-Mu dengan ilmu-Mu, memohon ketetapan
dengan kekuasaan-Mu, dan aku memohon kurniaan-Mu yang sangat agung kerana
sesungguhnya Engkau berkuasa sedang aku tidak berkuasa sama sekali, Engkau
mengetahui sedangkan aku tidak, dan Engkau yang mengetahui hal yang ghaib. Ya
Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini (lalu menyebutkan secara
langsung urusan yang dimaksudkan) lebih baik bagi diriku dalam agama, kehidupan
dan akhir urusanku - atau mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang
akan datang - maka tetapkanlah ia bagiku dan mudahkanlah ia untukku. Kemudian,
berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya. Jika Engkau mengetahui bahawa
urusan ini buruk bagiku dalam agama, kehidupan dan akhir urusanku - atau
mengucapkan: baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan datang - maka
jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya, serta tetapkanlah yang
baik itu bagiku di mana pun kebaikan itu berada. Kemudian, jadikanlah aku orang
yang redha dengan ketetapan tersebut.
قَالَ: وَيُسَمِّي حَاجَتَهُ.
Maksudnya:
Baginda
bersabda: Hendaklah dia menyebutkan apa yang dihajatkannya. – Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Jumu’ah, no:
1162.
BEBERAPA PERKARA BERKAITAN SHALAT ISTIKHARAH
Shalat Istikharah
dilaksnakan sebagaimana solat dua rakaat yang biasa. Tidak ada ketetapan
tertentu daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tentang surah
apa yang perlu dibacakan ketika solat Istikharah, Oleh itu dibenarkan
membaca apa jua surah dari al-Qur’an yang mudah bagi seseorang itu setelah
selesai membaca surah al-Fatihah.
Shalat Istikharah
boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan segala urusan yang mubah
(harus) baik ianya isu yang besar mahupun kecil, perkara yang penting ataupun
tidak. Seharusnya kita fahami bahawa permasalahan yang menjadi dilema itu
bukanlah termasuk dalam perkara yang telah ditetapkan hukum-hukumnya dalam
Islam. Bagi urusan yang wajib atau sunat yang telah jelas arahan untuk
melakukannya ataupun urusan yang haram atau makruh yang telah jelas
larangannya, ianya tidak lagi boleh dilakukan istikharah ke atasnya.
Hanya perkara-perkara yang mubah sahaja dibenarkan untuk dilakukan istikharah.
Hendaklah
bagi seseorang yang mengerjakan Shalat Istikharah itu melapangkan dadanya
dari apa jua kehendak peribadi yang berlandaskan hawa nafsu. Seharusnya dia
menyerahkan perkara tersebut bulat-bulat kepada ilmu Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Harus juga kita sedari bahawa adakala apa yang dipilih oleh Allah Subhanahu
wa Ta’ala untuk kita itu tidak selari dengan keinginan hawa nafsu atau pada
tanggapan kita ianya adalah sesuatu yang tidak bersesuaian bagi diri kita.
Namun demikian sewajarnya bagi kita untuk pasrah menerima keputusan Allah Subhanahu
wa Ta’ala tersebut. Firman-Nya:
وَعَسَىٰ
أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا
وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ
وَاللَّهُ
يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُون
Maksudnya:
…dan
boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi
kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah
jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.
– al-Baqarah (2) : 216
q Shalat Istikharah
ini boleh juga dikerjakan secara khusus atau semasa mengerjakan shalat-shalat
sunat seperti shalat Rawatib, Tahiyyatul Masjid dan lain-lain.
Sebagai contohnya setelah mengerjakan solat Tahiyyatul Masjid langsung
kita membaca doa Istikharah tersebut. Hal ini adalah dibenarkan. Menurut
al-‘Iraqi rahimahullah:
Jika keinginan melakukan sesuatu muncul sebelum mengerjakan shalat sunat Rawatib atau
yang semisalnya, lalu dia mengerjakan solat tanpa niat Istikharah, namun
setelah shalat timbul
keinginan untuk memanjatkan doa Istikharah, maka secara zahir hal
tersebut sudah mencukupi.
– Rujuk al-Adzkaar, jilid 3, ms. 354. Penulis nukil dari kitab Bughyat
al-Mutatowwi Fi Solah al-Tatowwu' karya Syeikh Muhammad bin ‘Umar Salim Bazmul, ms. 137.
q Doa
istikharah itu dibaca setelah memberi salam berdasarkan zahir lafaz hadis
tersebut. Doa tersebut boleh diulang-ulang.
q Bukan
termasuk dalam syarat Istikharah bahwa seseorang itu mesti bermimpi
tentang pilihan atau tindakan yang perlu diambil setelah mengerjakan shalat
tersebut. Namun seseorang itu akan merasa tenang atau dipermudahkan untuknya
ketika memutuskan sesuatu keputusan sesuai dengan apa yang Allah Subhanahu
wa Ta’ala telah pilih untuknya.
Apabila bila belum diberi petunjuk oleh Allah Swt, maka Shalat Istikharah lagi sampai mendapat petunjuk dari Allah Swt.
Alhamdulillah...
BalasHapusTerimakasih, artikelnya sangat bermanfaat...
Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Anda...
اَمِيْن يَارَبَّ الْعَالَمِيْنَ
Hapusizin share ustaz
BalasHapussubhanallah.....trimakasih artikelnya semoga bermanfaat bagi kita semua.....amin
BalasHapusSubhanallaha,terimakasih ustazd. Artikelnya sangat bermanfaat
BalasHapusterimakasih ustad atas pencerahannya
BalasHapusUntuk semua yang berkenan share silahkan dan semoga benar-benar bermanfaat.
BalasHapusSilahkan Copas
Hapus